Thursday, April 15, 2010

CONTOH KBKK BAB 2 TINGKATAN 4


Berikut merupakan contoh esei KBKK yang boleh digunakan sebagai panduan :



Rishebashni Mohan 5A



Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pencapaian tamadun ulung dunia seperti Yunani,Rom,India dan China,bagaimankah kita boleh memajukan negara kita setaraf dengan negara maju hari ini?

  Berdasarkan pengetahuan sejarah saya mengenai pencapaian tamadun ulung dunia, kita boleh memajukan negara kita dengan mewujudkan pemerintahan yang stabil melalui mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi seperti Yunani. Melalui sistem ini,wakil yang mentadbir kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Kita juga perlu mewujudkan perundangan yang adil seperti Hukum Kanun 12,iaitu undang-undnag Rom pertama. Undang-undnag ini telah dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk dilihat oleh rakyat.

  Selain itu, kita juga haruslah memajukan ekonomi negara kita dalam pelbagai sektor seperti tamadun-tamadun ulung tersebut. Contohnya, dalam sektor pertanian,pada Dinasti Shang di China,kawasan bukit telah diteres untuk pertanian. Dalam bidang perusahaan pula, perusahaan logam dan tembikar pula telah berkembang sejak Dinasti Han.Di India pula, untuk membangunkan sektor perdagangan, telah diwujud sresthin di setiap bandar untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.

  Di samping itu, kita juga harus memajukan pendidikan kita seperti dalam tamadun China. Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperikassan awam kerajaan. Peperiksaan awam ini mengandungi 3 tahap iaitu Hsui Tan,Chun-Jen dan Chin Shih. Tambahan pula, kita juga patut memajukan bidang sains dan teknologi negara kita. Contohnya, dalam tamadun India, ahli matematik telah memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Akhirnya, kita juga patut memajukan seni bina di negara kita seperti pembinaan aqueduct di Rom. Aqueduct merupakan saluran air yang telah menggunakan prinsip graviti fizik untuk berfungsi. 

No comments:

Post a Comment