Saturday, April 17, 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 17 APRIL 2010

Setiap tahun pihak sekolah akan menganjurkan sukan tahunan untuk menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum khasnya sukan. Pada hari ini, SMK Seafield telah mengadakan Sukan Tahunan Kali ke-15 di  Kompleks Sukan MPSJ, Subang Jaya Selangor. Acara sukan tahunan ini telah bermula dengan Barisan lintas hormat oleh semua Rumah Sukan dan Pasukan Badan Beruniform. Diikuti oleh nyanyian Lagu Negaraku, Nyanyian Lagu Negeri Selangor, Bacaan Doa. Sukan Tahunan pada tahun ini telah disambut dengan meriah dan jayanya oleh Rumah Sukan ,Badan Beruniform, para pelajar terlibat secara langsung atau tidak langsung, para Ibubapa dan para guru yang bertugas.
Berikut merupakan gambar-gambar yang menarik tentang semangat sukan dan jati diri pelajar terhadap hari sukan peringkat sekolah.
Perbarian oleh Rumah Sukan dan Badan Beruniform



BACAAN DOA & IKRAR SUKAN

Tahukah anda ? Apakah faedah mengadakan sukan tahunan ?
  • Sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
  • Menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
  • Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
  • Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
  • Di sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan.
  • Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
  • Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.
RUMAH SUKAN YANG KREATIF : RUMAH KUNING & RUMAH UNGU


 PANDU PUTERI & PANCARANGAM SEKOLAH


RUMAH MERAH & BADAN BERUNIFORM


SALAM 1MALAYSIA


tss@seafield

No comments:

Post a Comment