Tuesday, July 26, 2011

LAWATAN FLIGHT SIMULATOR

Tarikh : 22 Julai 2011
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm
Ketua Rombongan : En Yeoh HK ( AJK PIBG )
Peserta : 3 guru dan 12 murid ( Kutipan tertinggi hari karnival keluarga bahagia)
Laporan : Insan Syahirah Bt Shahrudin ( 4J ) 



Pada hari Jumaat, 22 Julai 2011, seramai dua belas orang pelajar bersama-sama tiga orang guru pengiring SMK Seafield telah terpilih untuk menyertai program “Flight Simulator”. Program ini telah berjalan di Theatrette, Flight Crew Training Centre, 1st Floor Flight Simulator Building, MAS Complex Office A, Sultan Abdul Aziz Shah Airport Subang, Selangor. Program ini telah berlangsung dari pukul 3.15 petang hingga 5.30 petang.Banyak pengalaman baru yang telah diperoleh oleh pelajar daripada program yang dianjurkan ini.


Flight Simulator adalah tiruan penciptaan semula pesawat penerbangan dan pelbagai aspek persekitaran penerbangan. Ini termasuk persamaan yang mengawal bagaimana menerbangkan pesawat, bagaimana mereka bertindak balas terhadap permohonan kawalan dan sistem pesawat lain, dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap persekitaran luaran seperti ketumpatan udara, gelora, awan, pemendakan, dan lain-lain simulasi.

Pada pukul 2 petang, para pelajart elah berkumpul sebelum bertolak ke destinasi yang hendak dituju.Tepat jam 2.30 petang, para pelajar dan guru pengiring bertolak dan sampai di MAS Complex Building tepat jam 3 petang. Kehadiran pelajar dan guru telah disambut baik oleh pihak MAS.Sesampainya para pelajar dan guru, mereka telah dibawa ke bilik seminar untuk mendengar taklimat oleh pihak MAS.Banyak perkara yang diperoleh hasil taklimat ringkas yang diberi dan Pihak MAS menekankan tentang penerangan di dalam simulator kepada para pelajar dan juga guru.

Flight simulator mempunyai pelbagai peringkat perkakasan, model detail dan realisme yang bergantung kepada tujuan mereka.Mereka boleh berkisar dari PC komputer riba berasaskan model sistem pesawat, kerusi replika mudah untuk tujuan membiasakan diri, replika ankokpit yang sangat terperinci dengan semua kawalan dan sistem pesawat dan di luar bidang luas-dunia visual sistem, semua dipasang pada enam darjah kebebasan (DOF) platform gerakan yang bergerak sebagai tindakbalas kepada pergerakan kawalan juruterbang dan luaran faktoraero dinamik.

Sesudah taklimat yang diberi ,para pelajar dan juga guru menganjurkan beberapa soalan kepada pihak MAS tentang Flight Simulator ini. Kemudian, para pelajar dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu kumpulan 1 dan juga kumpulan 2.Kumpulan 1 bergerak ke simulator dahulu dan kemudian baru kebilik-bilik yang terdapat di sekitar bangunan Flight Simulator.Begitu juga dengan kumpulan 2.

Para pelajar berasa teruja dan kagum apabila masuk ke dalam simulator.Pihak MAS memberi sedikit penerangan serta cara mengawal simulator tersebut. Kemudian ,para pelajardan guru dibenarkan mengawal simulator tersebut. Pengalaman mengawal simulator tersebut adalah suatu pengalaman yang amat berharga dan tidak dapat dilupakan.Bayaran yang akan dikenakan jika pengunjung ataupun orang luar ingin mencuba Flight Simulator ialah RM500 untuk 20minit.

Selepas berada di dalam simulator, pihak MAS membawa para pelajar dan juga guru melawat sekitar bangunan Flight Simulator. Mereka dibawa ke “cell room” iaitu bilik yang mengawal simulator tersebut dan juga ke bilik computer yang digunakan oleh juruterbang untuk menghabiskan silibus mereka.Kemudian, mereka kembali semula kebilik seminar sebelum berpisah.Walaupun sekejap, tetapi para pelajar dan guru mendapat suatu pengalaman baru yang mungkin tidak akan dilupakan dan mereka juga belajar banyak perkara baru.

 


TERIMA KASIH MAS
TERIMA KASIH PIBG 2011

Monday, July 25, 2011

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM PN ROSLINA AHMAD

Program : Majlis Perpisahan Pn Roslina Ahmad dan Mengalu-alukan Kedatangan PK Hem Baru Pn Ainon Mohamed
Tarikh : 25 Julai 2011 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Seafield
Laporan : Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin (5B)



Pada hari ini, 25 Julai sambutan hari perpisahan untuk Puan Roslina Ahmad diadakan dan sambutan menyambut guru Penolong Kanan HEM yang baru juga diadakan serentak. Puan Roslina telah pun dipindahkan ke Sekolah Menengah Subang Jaya sebagai Penolong Kanan pada 16 Jun yang lalu. Perpindahan ini sungguh mengejutkan semua orang. Majlis yang diadakan ini juga merupakan majlis ”last minute” namun pihak SMK Seafield berjaya melakukanya. Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan kemudian diikuti bacaan doa oleh Saudara Adam. Sebelum memulakan majlis, guru yang bertugas diminta menyampaikan pengumuman penting kepada pelajar.
Majlis tersebut bermula dengan ucapan perpisahan dan alu-aluan oleh Ketua Murid, Kealen Ong . Seterunya,ucapan oleh Pn Roslina selaku mantan Penolong Kanan HEM SMK Seafield. Pada permulaan ucapan beliau, beliau banyak menceritakan tentang pengalaman beliau berkhidmat selama 10 tahun disini. Namun begitu sebak yang tidaj dapat ditahan lagi menyababkan beliau mengeluarkan air mata apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru. Beliau juga mengalirkan air mata sekali lagi apabila beliau menyebut satu demi satu nama anak murid beliau di tingkatan 6 Budi. Setelah babak kesedihan oleh ucapan Pn Roslina majlis diteruskan pula oleh ucapan ringkas Pn Ainun selaku guru penolong kanan Hem yang baru. Beliau yang telah berkihdmat selama 21 tahun di Sekolah Menengah Subang Jaya amat berharap mendapat kerjasama yang baik oleh para pelajar. Seterusnya, ucapan ringkas oleh YDP PIBG,Dato’ Abd Rahman Haji Ali dan kemudian oleh Puan pengetua, Pn Hajah Zaleha bt Abu Hassan.
Ucapan oleh Pn Ainon & Majlis penyampaian cenderamata
Majlis diceriakan pula dengan penyampaian hadiah cenderamata kepada Pn Roslina dan Pn Ainun. Diharapkan majlis ini cukup bermakna kepada mereka berdua. Bagi memeriahkan majlis, Pn Roslina bersamaPn Ainun diiringi oleh guru-guru lain untuk ke kantin bagi menjamu selera yang telah disediakan khas untuk Pn Roslina dan Pn Ainun. Majlis tersebut tamat apabila kesemua guru-guru mengiringi Pn Roslina ke kereta dan menghantar beliau pulang. Jasamu sentiasa di kenang, pn Roslina dan kepada Pn Ainun selamat bertugas dan kami berharap Puan dapat menjadikan Seafield sekoah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian Terima Kasih


JASAMU DIKENANG

Friday, July 8, 2011

LAWATAN GURU & PIBG SMK KAMPUNG BARU KERTEH, TERENGGANU

Tarikh : 8 Julai 2011
Masa : 9.00 pagi
Program : Jalinan Mesra Seafield
Sekolah : SMK Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Rombongan : 44 orang guru dan wakil PIBG


Warga Seafield Mengalu-alukan Kehadiran Guru-guru Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh
Selamat Datang
Gambar kenangan bersama Pengetua Seafield, Pn Hajah Zaleha Bt Abu Hasan 
Aturcara
9.30 : Taklimat oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan, Pengetua SMK Seafield, Subang Jaya
 
10.00 pagi : Lawatan ke sekitar sekolah diketuai oleh pelajar Seafield
  
 
  

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI

Thursday, July 7, 2011

MAJLIS PELANCARAN ASTRO TOTUR TV PMR & SPM

Tarikh : 7 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield Subang Jaya
Program : Majlis Pelancaran Astro Totur TV PMR & SPM Oleh Datuk Dr Wee Ka Siong
Laporan : Nur Shahirah Hj Mohd Yasin ( 5 Budi 2011 )

Ketibaan Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri pelajaran Malaysia
 
Persembahan Koir Sekolah
  
Majlis pelancaran oleh Datuk Dr Wee Ka Siong
 
Tanggal 7 Julai 2011 merupakan hari yang paling berprestij dan bersejarah untuk SMK Seafield kerana buat julung kalinya SMK Seafield dikunjungi dangan begitu ramai orang kenamaaan. Pada hari tersebut, pihak Astro  dengan sukacitanya  memilih SMK Seafield sebagai tuan rumah untuk melancarkan program baru ini yang khabarnya mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari para pelajar. Setelah sambutan yang mengangumkan melalui Astro Tutor TV UPSR, pihak Astro kali ini ingin melancarkan Astro Tutor TV PMR dan SPM khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Hal ini juga kerana permintaan yang bertalu-talu oleh para pelajar dan juga ibu bapa kerana mempercayai keberkesanannya kepada murid-murid memandangkan pelajar kini lebih suka meluangkan masa di hadapan televisyen berbanding dihadapan buku rujukan mereka sendiri.
Pihak Astro telah datang ke sekolah kami seawal jam 7.30 pagi untuk mempersiapkan pentas dan mengadakan sesi raptai sebelum acara pelancaran yang akan berlansung pada 10 pagi nanti. Sesi raptai telah dijalankan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan kerana telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak SMK Seafield. Bagi mengisi ruangan kosong di dalam Dewan Sri Kenangan, dewan sekolah yang menjadi saksi utama majlis pelancaran tersebut diadakan, pihak Astro telah menjumput 3 kelas dari tingkatan 3 iaitu 3 Amanah, 3 Cekap dan 3 Fasih manakala 3 lagi kelas dari tingkatan 5 yang terdiri daripada 5 Amanah, 5 Budi dan 5 Kukuh. Majlis bermakna ini telah bermula tepat pada jam 10 pagi setelah ketibaan def-def  terhormat yang terdiri daripada Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, En Mohd Ghazali Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Pn Balkis Ahmad, Ketua Unit Bahasa PPD, En Henry Tan, COO ASTRO , Pengetua SMK Seafield , Pn Hajah Zaleha bt Abu Hasan serta beberapa VIP lagi dan para wartawan yang turut diundang ke majlis pelancaran ini. Majlis pembukaan di mulakan dengan nyanyian penuh semangat oleh pasukan koir SMK Seafield dengan lagu berjudul 1 Malaysia. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh En Henry Tan selaku COO ASTRO.   Dalam teks uacpannya, beliau menyatakan bahawa sebanyak 8,000 sekolah-sekolah kerajan di seluruh Malaysia telah diberi khidmat Astro Tutor TV termasuklah sekolah-sekolah di Sabah dan Serawak serta SMK Seafield. Saluran pelajaran yang menjadi keutamaan pelajar kini akan mula disiarkan di Astro pada 10 Julai 2011, saluran 602 bagi Astro Tutor TV  PMR dan saluran 603 bagi Tutor TV SPM yang mengandungi 100% sukatan pelajaran Malaysia. Guru juga boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar pelajar dengan menggunakan saluran ini selain buku-buku yang disediakan oleh pihak sekolah. Majlis yang di acarakan oleh Azrul dan Ben dengan penuh meriah dan gelak tawa di teruskan dengan ucapan oleh VIP terhormat, Datuk Dr Wee Ka Siong selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah banyak memuji pihak Astro dengan tindakan mereka dengan mengadakan Astro Tutor TV PMR dan SPM. Beliau sangat berharap agar cara ini sangat berkesan untuk pelajar-pelajar yang gemar menonton TV dan mengambil kesempatan emas ini untuk belajar sambil menonton televisyen.
Lebih kurang jam 11 pagi majlis pelancaran Astro Tutor TV PMR dan SPM dilakukan bersama VIP terhormat, Datuk Dr Wee Ka Siong bersama COO Astro, En Henry Tan, maka rasmilah sudah Astro Tutor TV PMR dan SPM. Harap para pelajar akan menjadikan Astro Tutor TV sebagai guru nombor 2 mereka setelah guru-guru disekolah . Majlis kemudian diteruskan dengan acara bergambar beramai-ramai bersama pelajar-pelajar SMK Seafield yang terpilih dan beberapa orang kenamaan terhormat yang hadir pada majlis ini. Setelah itu, Astro menyajikan kami semua di dewan dengan beberapa klip video menarik yang terdiri daripada pelajar SMK Seafield sendiri yang telah dirakam oleh pihak Astro sendiri beberapa minggu yang lalu. Sebelum majlis tersebut berakhir, pasukan koir sekolah sekali lagi yang menyajikan sedikit persembahan sedutan dari Muzikal West Side Story yang baru diadakan minggu lalu kemudiannya diteruskan dengan persembahan oleh pasukan pancaragam sekolah yang telah memukau pelbagai pihak yang berada disana. Majlis tersebut tamat secara rasminya dan semua orang kenamaan tersebut dibawa ke meja makan untuk menikmati sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah serta mengadakan sesi soal jawab bersama para wartawan yang telah hadir bersama. Manakala para pelajar diminta tetap berada di dewan kerana mereka ingin menguji tahap kecerdasan pelajar SMK Seafield dengan beberapa soalan . Dua pengacara tersebut telah memberikan beberapa soalan berkaitan dengan PMR dan SPM dan tidaklah hairan apabila kami berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul dan kepada pemenang, mereka telah di beri voucher sebanyak RM 60 . Para pelajar kemudian dibenarkan masuk ke kelas dan menikmati sajian yang telah disediakan oleh pihak Astro  kepada kami. Terima Kasih Astro kerana telah memilih sekolah kami sebagai tempat pelancaran Astro Tutor TV PMR dan SPM. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang iaitu, www.astro.com.my. Kepada pelajar PMR, Astro Tutor TV PMR akan mula disiarkan pada 10 Julai 2011 sehingga 11 Oktober 2011 manakala Astro Tutor TV SPM pada 10 Julai sehingga 25 November 2011. Semoga berjaya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini dan gunakanlah segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin kerana banyak mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Sekian, Terima Kasih.

 Majlis penyampaian Cederamata
 
 Persembahan Pancarangam Sekolah
 

LAWATAN PELAJAR DAN GURU DARI AUSTRALIA

Tarikh : 6 Julai 2011 ( Rabu)
Masa : 9.00 - 1.00 tengah hari
Program : Jaringan Antarabangsa
Lokasi : SMK Seafield, Subang Jaya
Sekolah : Williamstown High School, Victoria, Australia
Bilangan Guru : 2
Bilangan Pelajar : 14


Aturcara :
9.00 pagi : Taklimat mengenai SMK Seafield di Anjung Bestari & lawatan ke sekeliling sekolah.

Taklimat oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
 
9.30 pagi : Permainan Sepak Takraw antara pelajar Seafield dengan pelajar Williamstown High School
 
Permainan Congkak di Pusat Sumber
  
Aktiviti memakai pakaian tradisional di Bilik SAL
 
Lawatan ke Galeri Seafield
 
 
   
 

THANK YOU

Saturday, July 2, 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2011

Tarikh  : 2 Julai 2011
Hari     : Sabtu
Masa   : 7.45 pagi
Lokasi : SMK Seafield, Subang Jaya
Aktiviti : Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Peserta Murid : 1,130 murid
Laporan oleh: Nur Shahirah Hj Mohd Yasin ( 5 Budi )

Lagu 1murid 1sukan
Buku Panduan Pelaksanaan 1murid 1sukan


SMK Seafield berjaya menganjurkan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia  yang telah mendapat sambutan yang hebat bukan sahaja daripada warga Seafield tetapi juga masyarakat setempat USJ 2. Larian Serentak ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan bersukan dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas. Acara ini juga berjaya merapatkan silaturahim antara guru, murid dan masyarakat setempat. Bersama-samalah berusaha untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang yang mempunyai semangat jati diri dan sahsiah yang baik
Barisan guru memberi sambutan yang hebat untuk jayakan program
 
 En Abdul Rahim Bin Khadlid, PK Ko-Kurikulum
  
Warga Seafield berasa bangga dapat menyertai acara bersejarah Larian Serentak yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR)
 
Seronok dapat menyertai larian serentak 1murid 1 sukan
 
 

   
 
Larian serentak 1 murid, 1 sukan telah diadakan pada 2 Julai 2011. Larian ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Malaysia, Tan Sri Muhaiyidin Yasin di Perak Darul Makmur. Larian ini diadakan serentak seluruh sekolah di seluruh kawasan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tepat pada jam 7.45 pagi semua murid dilepaskan secara serentak di kawasan sekolah masing-masing. Larian ini telah berjaya mencapai hasrat Menteri Pelajaran kita iaitu dengan mewajibkan semua murid sekurang-kurangnya menyertai satu acara sukan pada tahun ini. Acara larian ini telah berjaya melibatkan pelajar sekolah seramai 4 juta dan  akan dicatatkan di Malaysian Book Of  Records sebagai salah satu peristiwa bersejarah yang penting berlaku di Malaysia.
Sebagai melaksanakan hasrat Timbalan Perdana Menteri kita, SMK Seafield telah mengambil bahagian dalam acara larian ini. Seramai 1130 pelajar SMK Seafield telah menyertai acara larian ini dan merupakan penyertaan teramai di kawasan Subang Jaya. Hal ini juga telah menjangkaui sasaran sekolah yang hanya mengharapkan sekurang-kurangnya 800 pelajar. Tahniah kepada semua pelajar.
Tepat pada jam 7.00 pagi, ramai pelajar telah hadir lantas membanjiri kawasan sekolah dengan penuh semangat untuk berlari dan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Larian kali ini bukan sahaja disertai oleh para pelajar semata-mata  malah guru dan ibu bapa juga turut berlari dalam acara larian ini demi menyemarakkan lagi acara yang diadakan ini. Pada jam 7.15 para pelajar diminta mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran demi mengesahkan kehadiran mereka. Setelah itu, acara larian dimulakan dengan melepaskan para guru dan ibu bapa dahulu, kemudian diikuti dengan pelepasan pelajar perempuan dan pelajar lelaki seterusnya. Acara larian sebanyak 1.5 km ini telah mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk menamatkan larian.
Para pelajar berlari dengan bersungguh dan penuh semangat termasuklah para guru. Bukan mudah untuk melihat guru menyertai acara larian sebegini. Acara larian yang dijalankan ini telah berjaya mengurangkan sedikit sebanyak kecedaran ke atas pelajar seperti terjatuh di atas trek larian, kaki terseliuh dan sebagainya. Tahniah kepada peserta yang telah berjaya menamatkan larian walaupun ada yang telah “pancit” ketika berlari tadi, hal ini pasti akan menyedarkan kita mengenai tahap kesihatan kita. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah  kepada pemenang dalam acara ini. Hal ini juga buat petama kalinya pihak SMK Seafield telah menyediakan hadiah kepada pemenang dari tempat pertama hingga tempat ke tiga puluh bagi kategori lelaki dan kategori perempuan. Setelah tamat larian, para peserta dibenarkan berehat sementara menunggu acara penyampaian hadiah dijalankan dengan menjamu gerai-gerai yang dibuka oleh para pelajar sempena jualan Pre-Sale Hari Keluarga yang akan diadakan dalam masa dua minggu lagi
Tepat pada  10.30 pagi acara penyampaian hadiah dijalankan. Bagi kategori guru lelaki, johan dimenangi oleh Ustaz Mukhlis, naib johan oleh En Gan dan tempat ketiga oleh En Zulkifli. Kategori guru perempuan pula, johan oleh Pn Ooi , naib johan oleh Pn Juliana manakala ketiga oleh Pn Joyce. Bagi kategori pelajar perempuan pula telah dimenangi oleh pelajar tingkatan 6 untuk johan dan juga naib johan manakala tempat ketiga dimenangi oleh olahragawati sekolah Eugiena . Olahragawan sekolah tahun lepas, Aminurashid juga telah memenangi tempat ketiga untuk acara larian kali ini manakala johan dan naib johan dimenangi oleh pelajar tingkatan 5 . Majlis tersebut berakhir dengan acara nyanyian lagu 1 Murid, 1 Sukan yang dicipta khas untuk acara larian serentak ini. Syabas kepada semua kerana telah saling bekerjasama dalam melancarkan serta menjayakan acara ini dengan penuh gilang gemilang. 

 Para PIBG dan guru memberi sokongan sepenuhnya untuk menjayakan program ini
 
 Nyayian Lagu 1 Murid 1 Sukan
 
 Wakil PIBG dan pentadbir & Majlis penyampaian hadiah
 

TERIMA KASIH
SEMOGA DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA MENCAPAI OBJEKTIFNYA
AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA